OUM Today
OUM TODAY

Dropdown Issues
Issue 14 - July/August 2005

Page 10Home | Close |


PAGE 1
  • Launch of OUM Lifelong Learning Programmes
PAGE 2
  • Partial Study Fee Exemption Scheme
PAGE 3
  • Education Management
PAGE 4
  • OUM is Committed to Its Students
  • Reading Culture through its Book Fest
PAGE 5
  • Quality Awards
  • Quality Services
PAGE 6
  • Fourth Academic Tea-talk
  • Introduction to Internal Auditing
PAGE 7
  • Lead Auditors Training
PAGE 8
  • 48th Merdeka Day at OUM
  • OUM Open Day 2005
PAGE 9
  • 48th Merdeka Day at OUM. Cont..
  • OUM Open Day 2005. Cont..
PAGE 10
  • Konvoi Kereta – Jejak Merdeka (KKJM)
PAGE 11
  • Welcoming the September 2005 Students Intake
PAGE 12
  • Academic Collaboration with Universitas Budi Luhur
  • Events / Peristiwa JULY / AUGUST 2005
  • Chicken Run Charity
  • GOTEVOT E-Learning Training Program
PAGE 13
  • Events / Peristiwa JULY / AUGUST 2005
  • Counselling Training Workshop for Tutors
  • A Half-Day Quality Awareness Campaign
  • CIDT - Third department in OUM audited by SIRIMQAS
  • September 2005 Students Orientation - Kembara ODL
PAGE 14
  • Events / Peristiwa JULY / AUGUST 2005. Cont...
PAGE 15
  • Events / Peristiwa JULY / AUGUST 2005. Cont...
PAGE 16
  • Events / Peristiwa JULY / AUGUST 2005. Cont...
  • Editor Note


Konvoi Kereta - Jejak Merdeka (KKJM) adalah acara yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Pembelajaran Wilayah (PPW) Lembah Klang dan Selangor. Para peserta terdiri daripada kalangan pelajar dan tutor dari Pusat Pembelajaran Tempatan (PPT) Petaling Jaya, Bangi, Shah Alam (Seksyen U1), Shah Alam (Seksyen 7), Pulau Pinang, Perak serta Seremban serta kakitangan Kampus Induk OUM.

KKJM telah berjaya memperoleh sumbangan dan penajaan daripada Kerajaan Negeri Melaka, Petronas, Tourism Malaysia, Taurus Office System, Easipark Engineering Sdn Bhd, Kembara Global dan Perspective Print Sdn. Bhd. Di samping itu, PDRM dan PLUS turut memberi khidmat bantuan dalam melicinkan pergerakan Konvoi KKJM ini.

Pada pagi Sabtu 10 September 2005 jam 8.00 pagi, kereta para peserta sudah bersedia dan dihiasi dengan pelekat kereta penaja serta gabungan bendera OUM dan bendera Malaysia yang dipasang pada kereta masingmasing. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Presiden/Naib Canselor, YBhg. Prof Tan Sri Datuk Dr Anuwar Ali pada jam 8.45 pagi.

Perjalanan Konvoi dari Kampus Induk OUM ke Plaza Tol Sungai Besi telah diiringi oleh pasukan Polis Trafik dari Cawangan Jalan Bandar dan turut diiringi oleh tujuh

motosikal berkuasa tinggi ahli Kelab Superbike. Untuk
melepasi plaza tol, pihak PLUS menyediakan lorong khas bagi memastikan perjalanan konvoi tidak terganggu. Setelah melepasi plaza tol, tugas mengiring dari Pasukan Polis Trafik telah diambil alih sepenuhnya oleh marshalmarshal yang terdiri daripada rombongan Superbike dan lima kereta kakitangan OUM. Rombongan KKJM telah tiba di R&R Seremban pada jam 10.00 pagi. Kesemua peserta telah diberi peluang untuk bersarapan dan berehat sebelum Konvoi disambung semula.

Pada jam 10.45 pagi, Konvoi KKJM telah menyambung perjalanan ke Melaka dan sampai di Plaza Tol Ayer Keroh pada jam 12.00 tengah hari. Pasukan Polis Trafik dari Kontinjen Melaka telah menyambut rombongan Konvoi dan terus mengiringi rombongan ke Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka dan kemudiannya disambut oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri Melaka.

Acara dimulakan dengan penyampaian ceramah patriotik oleh Pengerusi Muzium Negeri Melaka, YBhg Datuk Prof Dr Hjh Ramlah binti Adam, mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Seterusnya ucapan penghargaan oleh Pengarah PPW Lembah Klang dan Selangor, YBhg Prof Dr Zakaria Ismail. Sebagai penutup, pengerusi KKJM, Encik Abdul Wahab bin Abdullah telah mengetuai acara nyanyian lagu Negaraku, dan lagu patriotik Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia. Jamuan makan tengah hari yang dianjurkan oleh pihak Kerjaan Negeri Melaka mengakhiri acara KKJM yang bersejarah dan bermakna itu.



Untitled
Copyright © Open University Malaysia 2004, All Rights Reserved
Trademark and copyrights are property of their respective owners.